Fasa 2 - Penyenaraian Kepentingan Ex MRSM

Terimakasih diucapkan kepada semua warga exmrsm yang telah mendaftar di portal ini. Inisiatif ini terbahagi kepada beberapa fasa, dan setiap fasa akan bergantung kepada kejayaan fasa sebelumnya.

Skopnya besar merangkumi pelbagai aspek dan diharapkan akan dapat memberi manafaat kepada seluruh nya exmrsmer ini. Seterusnya kita akan bergerak ke FASA -2 dengan memasukkan senarai premis yang di selenggarakan oleh warga ex-mrsm.

Sebagai permulaan, ayuh kita sama-sama masukkan senarai restoran dan homestay yang dimiliki oleh bekas pelajar MRSM. Mungkin langkah ini nampak kecil, namun anggaplah ianya satu batu loncatan yang penting . Ianya juga mudah dilakukan kerana ramai antara kita yang terlibat dalam bidang ini, tetapi mempunyai impak yang besar sebagai batu tanda fizikal kehadiran ExMRSMer di seluruh negara atau mungkin juga dunia.

Klik pada menu >>Directory>> untuk melihat dan menambah premis anda atau rakan-rakan MRSM ataupun ahli batch anda sendiri.

Sebagai budak MARA saya amat teruja untuk ke premis-premis yang di usahakan oleh exmrsmer, sebagai contoh, Big Apple di AEON Setiawangsa, yang dimiliki oleh ex- Serting. Batch saya juga jika ingin mengadakan reunion, tempat yang dipilih biasanya dari premis exMRSM, seperti awal tahun ini diadakan di Gravy Factory ( sekitar The Curve ) milik Datuk Jaffni , ex MRSM Pengkalan Chepa.

Harapnya begitulah juga dengan anda , pakai lah t-shirt atau baju batch anda, mana lah tahu boleh dapat diskaun di sana :)

like0

Comments

Kita boleh sedia kan portal online booking seperti ini

Bakri Ahmad's picture

Kita boleh sediakan sebuah portal online booking/ordering seperti di sini : http://119.110.108.84/dining/ , jika sambutan menggalakkan .

like0