Gambar-gambar Perhimpunan Wakil-wakil Batch @ MARA 2hb April 2015

Seramai lebih 130 wakil batch dari lebih 30 MRSM telah menghadiri majlis perhimpunan yang julung kali ini bertempat di tingkat 24, MARA. Perhimpunan bermula seawal 9.00 pagi dengan para wakil mendaftar. Bacaan doa pada pukul 10.15 pagi diikuti dengan nyanyian Lagu Maktab, dari kelantangan nada yang dilontarkan, ternyata masih ramai yang belum lupa akan lirik lagu keramat ini .

Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Tuan Haji Abdul Hamid Haji Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Hamid, memberi ucapan menekankan peri pentingnya hubungan MARA dengan bekas pelajarnya diteruskan bagi mendapatkan maklumat serta input-input terkini, dengan harapan sindrom 'dinosour' ( di takuk lama) dapat dielakkan dari menjangkiti kepada sistem yang membentuk MRSM itu sendiri.

Bekas-bekas  pelajar juga boleh menggunakan platform ini untuk memastikan jalinan persaudaraan sesama warga MRSM dikembangkan dan diteruskan  sehingga bila-bila.

Cikgu Latifah Ibrahim ,yang menjadi urusetia exmrsm, pula menjelaskan bahawa usaha mengumpulkan semula maklumat ini telah dilakukan beberapa kali semenjak tahun 2000 lagi, tetapi tidak mencapai sasaran, harapan beliau supaya usaha terkini ini berhasil. Bekas-bekas pelajar MRSM boleh menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh MARA, yang mana akan di umumkan dari masa ke semasa.

Majlis berakhir pada jam 12.30 pm, para hadirin dihidangkan dengan makan tengahari.

Jutaan terimakasih kepada wakil-wakil batch yang sudi hadir walaupun majlis ini diadakan dalam waktu pejabat.

 

like2